CATATAN RAMADHAN 1
Day 1
Alhamdulillah, thumalhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi.
Rasanya dah dua tahun tak sambut 1 Ramadhan dengan keluarga. Alhamdulillah tahun ini dapat sambut bersama. Sebenarnya, ujian yang melanda malaysia iaitu COVID-19 mengajar kita banyak perkara. Ada mutiara hikmah yang perlu kita pelajari.
Kalau dulu, manusia asyik dengan kerja, namun ramadhan kali ini boleh meluangkan masa bersama keluarga.
Kalau dulu, manusia berebut mengejar harta, namun ramadhan kali ini boleh lebihkan masa dengan membaca (al-Quran).
Kalau dulu, manusia sibuk di bazar ramadhan, namun ramadhan kali ini boleh luang masa utk solat terawih bersama.
Banyak sebenarnya hikmah yang kita boleh belajar. Ambil mutiara hikmah untuk pedoman dan pengajaran hidup.
Luangkan masa bersama keluarga di musim pkp ini, di bulan yang mulia bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan amal ibadat. Seperti
- Jadikan puasa kali ini puasa yang lebih berkualiti daripada yang sebelumnya.
- Azam dapat khatam 30 juz al-quran.
- Dapat memahami ayat Al-quran dengan mendalami tafsir.
- Solat terawih bersama-sama.
- Berzikir dan berselawat.
- Berkongsi rezeki dengan jiran tetangga.
#ramadhankareem #covid19 #catatanramadhan #day1
2 ulasan
Salam Ramadhan Al-mubarak.. dn skmt berbuka kak timahh.. xpernah xperfom tauu..
REPLY