Isnin, 2 Julai 2018

03072018

Adakah saya perlu mencuci minyak yang terdapat pada badan, seperti minyak rambut, minya panas atau percikan minyak masak yang terkena semasa saya masak sebelum mengambil wuduk?

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ )

" Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali "
(Surah al-Maidah : 6)

Berdasarkan firman Allah dapatlah di simpulkan bahawa ketika berwuduk, segala benda yang menghalang air daripada sampai ke kulit boleh menyebabkan wuduk tidak sah. Sekiranya minyak yang terkena anggota badan tidak dapat dibersihkan dengan menggunakan wuduk, maka perlu dibersihkan minyak tersebut sebelum mengambil wuduk kerana dikhuatiri wuduk tidak sah. Namun begitu, sekiranya minyak yang dipakai tidak banyak dan tidak dipakai pada anggota wuduk, maka tidak perlu dibersihkan.

Minyak yang terdapat pada anggota wuduk haruslah dibersihkan dengan teliti untuk memastikan tiada minyak yang menghalang air daripada sampai ke kulit. Sekiranya perlu, basuhlah dengan sabun.

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates