Sabtu, 29 Februari 2020


2017-2020 Universiti Kebangsaan Malaysia
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan
Modul Komunikasi

2014-2016 Maahad Amir Indra Petra
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sijil Menengah Ugama (SMU)


2011-2013 SMU(A) Al-Yunusiah
Peperiksaan Menengan Rendah (PMR)

2005-2010 Sekolah Kebangsaan Banggu
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)

2004 Tadika SK Banggu


NUKILAN BUAT DIRI DI HARI TUA ~

Alhamdulillah, terima kasih buat umi abah kerana mereka telah memberikan ilmu dunia akhirat untuk diri ini. Dulu pernah jadi isu, orang marah dekat umi sebab hantar aku pergi sekolah menengah yang tak de nama. Maksudnya sekolah tu bukan taraf maahad, sekolah sains ataupun SBP. Masa tu aku seorang anak yang taat (perasan jap), ikut sahaja orang tua hantar kemana. Walaupun dalam hati ini pernah terdetik untuk ke sekolah Maahad Muhammadi Perempuan (MPP) atau sekolah menengah harian biasa.

Opsss sebelum tu keputusan UPSR dan UPKK aku masa ni straight A's. Berbalik kepada cerita asal, umi aku masa tu senyap dan pekakkan telinga sahaja apa orang na kata sebab umi yakin belajar lah di mana pun, kalau bersungguh tetap berjaya. Masa ni umi dah doakan kejayaan aku, umi doa supaya suatu hari nanti aku boleh masuk universiti macam anak orang lain. Alhamdulillah, benarlah doa seorang ibu tiada hijab dengan Allah. Keberadaan aku di UKM hari ini adalah hasil doa seorang ibu. TERIMA KASIH UMI.

 







Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates