Ibadat puasa bagi Kristian
IBADAT PUASA
BAGI KRISTIAN
Amalan berpuasa
telah lama dilakukan dan menjadi salah satu ritual agama-agama penting di dunia.
Amalan ini mula menjadi perhatian setelah umat Islam seluruh dunia berpuasa
serentak pada bulan Ramadhan. Allah berfiman dalam surah Al-Baqarah ayat 183
yang bermaksud “ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa
”
Konsep puasa yang
difahami oleh agama-agama umumnya sebagai satu kaedah penyucian jiwa manusia.
Walaupun amalan puasa ini terdapat dalam agama-agama lain, puasa dari segi
syariat dan pengisiannya adalh berbeza-beza. Menahan diri dari melakukan
sesuatu bagi sesetengan agama merujuk kepada makan dan minum, atau salah satu
daripadanya untuk beberapa waktu, ada juga yang berfahaman menahan driri dari
berkahwin.
Dalam bahasa Ibrani
puasa disebut sebagai “Sum” sebagaimana disebut dalam bahasa Arab “ As-Saumu ”. Memandangkan amalan berpuasa
ini telah diamalkan oleh agama-agama sebelum zaman kedatangan Jesus, amalan
berpuasa juga telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu. Perkara ini banyak
direkodkan dalam Bible ( Perjanjian Lama ) Imamat 23:29 :
“Inilah
yang harud menjadi ketetapan untuk selama-lamanya bagi kamu, iaitu pada bulan
yang ketujuh, pada tanggal sepuluh bulan itu kamu perlu merendahkan diri dengan
berpuasa, dan janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan, baik orang Israel
asli mahupun orang asing yang tinggal di tengah-tengah kamu. Kerana setiap
orang yang pada hari itu tidak merendahkan diri dengan berpuasa, haruslah
dilenyapkan Antara orang-orang sebngsanya.”
Menurut kepercayaan penganut Kristian, puasa adalah ibadat yang
diberi pilihan. Sebagai contoh
dalam mazhab Protestan tidak diwajibkan berpuasa, sedangkan dalam mazhab
Katolik diwajibkan puasa. Mereka boleh
menunaikannya jika mahu dan juga meninggalkannya. Waktu berpuasa bagi penganut
ini bermula dari pagi dan berakhir selepas tengahari. Makanan yang boleh dimakan ialah sayur-sayuran yang
tidak dimasak lemak. Makanan daripada jenis haiwan atau yang berasaskan haiwan
tidak boleh dimakan dalam masa ini. Dalam agama Kristian terdapat banyak amalan
puasa seperti puasa pada hari Rabu kerana mengambil sempena hari pakatan jahat
untuk membunuh Nabi Isa a.s sehingga
beliau tertangkap. Puasa pada hari jumaat bersempena dengan hari Isa
disalib. Puasa 45 hari yang terakhir dengan perayaan Kristmas. Puasa suci
selama 55 hari, iaitu mengambil sempena puasa Isa selama 40 hari dan ditambah
dua minggu lagi iaitu satu minggu sebelum dan satu minggu selepasnya.
Waktu berpuasa adalah
berbeza-beza mengikut puak masing-masing. Terdapat empat jenis puasa yang masih
diamalkan oleh kebanyakan penganut Gereja Ortodoks Timur. Terutamanya golongan
tua iaitu Puasa Besar, Puasa Petrov, Puasa Uspensky dan Puasa Krismas. Ibadat
Puasa Besar dan Puasa Uspesky sifatnya berat dan membawa maksud tidak boleh
memakan daging, susu dan telur dan terdapat hari-hari tertentu yang hanya
dibolehkan memakan roti dan air sejuk sepanjang tempoh berpuasa. Puasa Petrov
dan Puasa Krismas pula dianggap tidak berat kerana terdapat hari-hari tertentu
yang dibolehkan memakan ikan, telur dan sebagainya. Puasa Besar berlangsung
selama 40 hari sebelum pengayatan Isa dan Puasa Uspensky antara 14-28 0gos. Manakala
Puasa Petrov berlangsung kira-kira sebulan mulai bulan Jun hingga 12 Julai, dan
Puasa Krismas bermula pada 28 November dan berakhir pada hari khamis yang
biasanya jatuh pada 6 dan 7 Januari.
Berikut adalah di antara beberapa senarai perayaan keagamaan yang
diiringi dengan ibadat puasa dalam Kristian :
1.
Perayaan
Krismas-7 Januari
2.
Perayaan yang
dikenali dengan Sunat TuhaN-14 Januari
3.
Pembaptisan Tuhan yang bersifat Tajali-19
Januari
4.
Pertemuan Tuhan
-15 Februari
5.
Injil ibu
Tuhan-7 April
6.
Kelahiran Ioann
(John)-7 Julai
7.
Hari Apostel
Peter-12 Julai
8.
Perubahan
Tuhan-19 Ogos
9.
Uspenye (Tidur)
Ibu Tuhan-28 Ogos
10.
Pemenggalan
kepada Ioann (John) Pembabtisan-11 September
11.
Kelahiran Ibu
Tuhan-21 September
12.
Kenaikan Salib
Tuhan 27 September
13.
Pokrow (Ibu
Tuhan)-14 Oktober
14.
Pembawa Masuk
Ibu Tuhan ke Gereja-4 Disember