Kaedah dan jenis sembahyang bagi kristian
Diantara amalan yang diamalkan oleh penganut Kristian antaranya
ialah pengakuan iman yang ianya dibaca beramai secara berikrar sambil berdiri dalam upacara “Sunday Praying” ianya memberi
suntikan semangat kepada penganut Kristian dalam menyebarkan dan memperluaskan
dakwah.
Umat Kristian mengenal dua jenis ibadat sahaja iaitu sembahyang dan
puasa. Kedua-dua ibadat ini bukan merupakan tuntutan yang wajib, bahkan sunat
sahaja.Walaupun begitu, sembahyang merupakan tiang agama yang boleh mendekatkan
diri kepada Tuhan melalui perantara Isa (Jesus). Menurut kepercayaan Kristianse
“sembahyang” merupakan salah satu daripada rukun-rukun yang terkandung di dalam
agama Nasrani yang mana di dalamnya terdapat dua syarat untuk mengerjakannya
iaitu:
1.
Sembahyang
hendaklah ditunaikan atas nama Isa (Jesus)
2.
Hendaklah
sembahyang itu didahului dengan iman yang sempurna.
Sembahyang yang dilakukan oleh golongan Kristian tidak ditentukan
bilangannya dan tidak ditetapkan waktunya tetapi terpulanglah kepada individu
masing-masing. Oleh yang demikian sembahyang boleh dilakukan pada bila-bila
masa tanpa mengira waktu dan tertib yang tertentu. Seseorang hanya perlu berdoa
dan memilih mengikut kemahuan masing-masing. Antara contoh bacaan sembahyang
adalah seperti berikut:
“Wahai Bapa
dipermuliakan kiranya nama-Mu ,datanglah kerajaan-Mu. Berikannlah kami
tiap-tiap hari makanan kami yang mencukupi untuk sehari, dan ampunkanlah
kiranya segala dosa kami, kerana kami jua memaafkan setiap mereka yang
melakukan kesalahan terhadap kami dan
janganlah membawa kami kepada percubaan”
Umumnya upacara “sembahyang”
dilakukan secara bersendirian, namun pada hari Ahad mereka akan melakukan
ibadat ini secara beramai-ramai pada setiap pagi. Namun penganut “Advent Hari
Ketujuh” melaksanakannya pada hari sabtu. Loceng digunakan oleh pihak gereja
untuk memanggil mereka mengerjakannya. Apabiala ianya dibunyikan ia membawa
maksud upacara mereka akan bermula.
Selain itu, segolongan Kristian penganut mazhab Ortodok, cara
sembahyang mereka adalah lebih kurang dengan cara solat Islam dan mempunyai
perbezaan yang tidak ketara. Jika tidak diperhalusi, kemungkinan besar orang
Islam akan keliru dengan penganut mazhab ini. Penganut ini akan dipimpin
seorang imam dan menggunakan bahasa Arab ketika melakukan sembahyang. Selain
itu, perbezaan antara solat kaum muslimin dengan sembahyang pengnut ini adalah
muslim diwajibkan menunaikan solat sebanyak 5 kali sehari semalam manakala
mazhab Ortodoks ini akan melakukan lebih daripada lima iaitu sebanyak 7 kali
sehari setiap 3 jam; masing-masing 2 rakaat. Sembahyang yang dilakukan ini
disebut sebagai Sa’atul Awwal ( Subuh ), Sa’atus Thalitsu ( Dhuha ), Sa’atul sadis ( Zohor ), Sa’atut
Tis’ah ( Asar ), Sa’atul Ghurub ( Maghrib), Sa’atun Naum ( Isya’ ), dan
Sa’atul Layl ( tengah malam ).
Sa’atul Awwal atau
dipanggil dengan “Sembahyang Sinsing Fajar” atau “Laudes” adalah sembahyang
yang dilakukan bagi memperingati lahirnya Sang Sabda Menjelma sebagai Sang
Terang Dunia. Sembahyang kedua iaitu sembahyang Sa’atus Thalitsu atau dipanggil
sebagai “Tercia” adalah solat yang dilakukan kerana solat waktu ini mempunyai
pengertian dalam penyaliban Jesus serta turunya roh kudus. Di samping itu,
sembahyang yang ketiga ialah Sa’atul sadis atau “Sexta” adalah solat ini
memberi makna sebgai peringatan akan penderitaan Nabi Isa yang disalib.
Seterusnya, Sa’atu Tis’ah atau dipanggil “Nona” ialah solat yang dilakukan
untuk memperingati saat Nabi Isa menghembus nafasnya yang terakhir ketika
penyaliban dilakukan sekaligus memperingati beliau yang menebus dosa yang
dilakukan oleh Adam dan Hawa.
Selain itu,
sembahyang Sa’atul Ghurub atau “Vesperus” atau “Esperinos”, sembahyang ini sama
dengan sembahyang yang pertama tadi. Sembahyang ini bertujuan memperingati Nabi
Isa ketika berada dalam kubur dan bangun pada hari esok. Sembahyang yang ke
enam ialah Sa’atun Naum atau “Completorium” atau “Solat Purna Bujana” mempunyai
maksud untuk memperingati bahawa saat malam seperti ini, Nabi Isa berada dalam
kubur. Solat yang terakhir ialah Sa’atul Layla tau “sembahyang Ratri Madya”
atau “Prima” makna kepada solat ini ialah Nabi Isa akan datang seperti pencuri
di tengah malam iaitu mengingatkan manusia supaya sentiasa berjaga-jaga.
Keadah atau cara
sembahyang mazhab ini adalah seperti berikut:
Sebelum
menunaikan solat, pegangan mazhab ini akan melaungkan azan untuk panggilan solat.
Dalam panggilan solat ini ada perkataan yang sama dalam Islam, contohnya hayya
alashalah ( marilah kita solat). Hayya alassalah bissalam (marilah
kita solat dengan damai). Seterusnya injil akan dibacakan.
1. Solatnya
dimulai dengan posisi berdiri dan dipimpin oleh seorang imam. Imam meletakkan
kedua tangan di dada, membuat tanda salib, lalu mengucapkan lafaz dalam bahasa
Arab: Bismil Abi wal
Ibni wa Ruhil Quddus Ilahu Wahid (Demi nama Bapa dan Putra dan
Roh Kudus, Allah Yang Maha Esa). Seraya Jemaah akan menyebut amin.
2. Imam
melanjutkan berdoa dengan mengangkat kedua tangan dan disahuti oleh jamaah.
3. Setelah
membuat tanda salib berikutnya, imam membungkukkan badan seperti posisi ruku’,
dan mengucapkan: Quddusun
Anta, ya Allah (Kuduslah Engkau, ya Allah). Jemaah akan menyahut
dengan menyucikan nama Allah yang Maha Kuasa, yang tidak berkematian. Jemaah
memohon kasih sayang Allah yang telah disalib sebagai ganti umat manusia.
4. Imam
berdiri tegak dan menadahkan tangan lagi.
5. Lalu
imam bersujud, dan diikuti seluruh jamaah. Ketika bangun dari sujud, imam
membaca Subhanaka
Allahumma ( Mahasuci Engkau, ya Allah ), jemaah menyahut
bersamaan. Sambil menadahkan tangan, imam
dan jamaah membaca Doa Rabbaniyah
(Doa Bapa Kami versi bahasa Arab).
6. Seterusnya
dibaca Salam
Walidatullah (atawa Salam Maria).
7. Imam
kemudian membaca petikan Zabur ( Mazmur dalam bahasa Aramaik ), dan solat pun
berakhir.