KONSEP TRINITI
KONSEP TRINITI
Pemikiran
Jesus sebagai Tuhan dianggap sebagai unik kerana untuk mencapai kata sepakat
dalam kalangan pembesar gereja bukanlah suatu yang mudah lantaran berlaku suatu
konflik dalam agama Kristian yang mana Arius, seorang paderi Alexandria
mengatakan bahawa Nabi Isa bukan tuhan. Ini mengancam golongan yang mengaggap
Nabi Isa sebagai tuhan. Setelah tiga
abad lamanya, pada 325M, di persidangan Nicea yang ditaja oleh Maharaja
Constantine I telah diadakan untuk menolak fahaman Arius. Oleh yang demikian
satu kata sepakat telah dicapai oleh gereja-gereja bagi mencapai penetapan
doktrin tersebut. Melalui persidangan ini, secara keseluruhannya Kristian
terbahagi kepada dua aliran utama iaitu Kristian Trinitarian dan Kristian
Non-Trinitarian.
Trinitarian adalah golongan yang berpegang kepada akidah triniti,
yang menjadi asas keimanan gereja-gereja utama Kristian seperti Kristian Orient
Orthodox, Eastern Orthodox, Roman Catholik, Protestant Reformation, Gereja
Anglican dan Gereja Lutheranism. Manakala Kristian Non-Trinitarian adalah
mereka yang menganggap triniti bukan sebahagian dari akidah mereka. Antara
golongan yang tidak mempercayai tuhan berkonsepkan triniti ialah Mormon,
Arianism, Kristian Yahudi, Penyaksi Jehovah, Pelajar Bible, Unitarianism,
Socianism, Monarchianis, Sabbelianism dan beberapa aliran-aliran lain lagi. Konsep triniti telah diterima sebagai pegangan
rasmi gereja pada tahun 451M. Rentetan daripada situ, lahirlah konsep triniti :
Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Disamping itu, kitab asli yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S juga
diseleweng oleh Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas, dan Injil Yahya mengikut
fahaman mereka sendiri. Oleh itu terdapat percanggahan di antara Perjanjian
Lama dan Perjanjian Baru menunjukkan ketidakselarian dengan agama Kristian yang
sebenar yang sentiasa berubah mengikut citarasa manusia. Ajaran Kristian kini
tidak lagi suci sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Isa A.S kerana telah dikotori
oleh para paderi yang tidak bertanggungjawab.
Tanggapan mereka bahawa Nabi Isa A.S sebagai anak tuhan juga adalah
terpesong. Jika difikir secara logic, mana mungkin kuasa anak sama dengan kuasa
bapa. Firman Allah dalam Surah Maryam ayat 30-36 yang bermaksud :
"Dia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah;
Dia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil) dan Dia telah menjadikan daku
seorang Nabi. (30) Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana
sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi
zakat selagi aku hidup. (31) Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat
baik kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur
atau derhaka. (32) Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan
kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku
dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat). (33) Yang demikian
sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Mariam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan
yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
(34) Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila
menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Dia berfirman kepadanya:
Jadilah engkau, lalu menjadilah ia. (35) Dan sesungguhnya Allah ialah
Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul
(lurus). (36)”
Berdasarkan
ayat ini, nabi Isa A.S tidak menganggap dirinya tuhan. Dari tafsir Ibn Kathir,
ayat pertama surah ini, yang bermaksud “Sesungguhnya
aku ini hamba Allah”, yag ditafsir oleh Ibn Kathir ialah mula-mula kalimat
yang diucapkan Isa ialah menyucikan Zat Tuhannya dan membersihkan-Nya dari
sifat beranak, kemudian mengukuhkan eksistensi dirinya sebagai hamba Allah.
Jelas di sini Nabi Isa A.S bukanlah anak tuhan sebagimana dipercayai oleh
penganut Kristian. Dalam kitab Kristian sendiri juga tidak ada tertulis Nabi
Isa A.S adalah anak kepada tuhan serta menyembah Nabi Isa A.S. Jadi boleh
disimpulkan bahawa kepercayaan itu hanyalah direka-reka oleh paderi-paderi
mengikut citarasa mereka.
Berkenaan dengan dosa warisan yang diterjemah
bahawa Nabi Adam dan Hawa adalah manusia yang mula dijadikan Tuhan jatuh
kedalam kancah dosa kerana memakan buah dari pohon larangan akibatnya beliau
berdua diusir dari syurga dan menjadi penghuni di dunia sebagi orang yang
berdosa. Oleh itu, Allah telah mengutus anaknya
sebagai manusia untuk disalib bagi menyelamatkan manusia dari dosa warisan ini. Manusia hanya
dapat diselamatkan dengan cara beriman dengan anak tuhan atau dengan kata lain
masuk kedalam agama Kristian.
Firman
Allah dalam Surah Al-Zalzalah ayat 7-8 yang bermaksud :
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan
seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)”.
Ayat
ini jelas bahawa siapa yang melakukan kebaikan akan dilihat balasannya dan
siapa yang melakukan kejahatan akan dilihat. Dalam hal ini tiada istilah dosa
warisan yang dipercayai oleh golongan Kristian. Kesilapan penganut agama
Kristian adalah mempercayai bulat-bulat apa yang dikatakan oleh paderi mereka
tanpa menyelidik terlebih dahulu. Kebanyakan kitab yang diulis oleh paderi
Kristian juga adalah berbeza pendapat dan pandangan kerana mereka mereka-reka
cerita atau hukum mengikut persepsi sendiri dan meninggal ajaran Nabi Isa A.S
yang sebenar.