Jumaat, 1 Mei 2020

Sunnah Nabi : Witir 11 Rakaat

Duk leka kira berapa rakaat lagi solat terawih yang tinggal, Abah bersuara : "Witir 5 rakaat 3 salam ya...." Allahuakbar. Laaaa dah witir rupanya. Selalunya buat witir 3 rakaat 2 salam. Malam ni Abah tambah lagi 2 rakaat. Tak sempat nak bantah, Abah dah angkat takbir pun. Kami (makmum) yang duduk belakang ni ikutkan saja..

Witir bermaksud tunggal. Manakala lawan bagi witir adalah syafa' yang bermaksud genap. Dari segi bahasa witir adalah solat tertentu yang dilakukan pada waktu tertentu yang menutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan atau pengakhiran malam.Dinamakan sebagai solat sunat witir kerana bilangannya ganjil. 1,3,5,7,9,11.. Paling sedikit 1rakaat dan paling banyak 11 rakaat.

Solat sunat witir merupakan sunat muakkad dan di antara ibadah yang sangat digalakkan kepada seluruh umat Islam. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

"Kekasihku (Rasulullah) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara. Iaitu berpuasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan melakukan solat sunat witir sebelum tidur."

Oleh itu, ayuh sama-sama kita lakukan solat sunat witir. Boleh dilakukan selepas solat terawih dan/atau sebelum sahur. InsyaAllah. 

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates