Jumaat, 8 Mei 2020

Sunnah Bersahur


12 Ramadhan. Terasa baru semalam hari pertama bulan Ramadhan. Pejam celik, pejam celik dah masuk ke fasa kedua bulan Ramadhan. Cepat sungguh waktu berputar ya..

Sunnah bersahur. Kalau hari biasa kita makan jam 8 pagi paling awal, tetapi di bulan Ramadhan kita akan "bersarapan" jam 5.00 pagi. Banyak hikmah di sebalik sahur ini.

Tujuan sahur adalah untuk membekalkan tenaga sepanjang hari sebelum azan Maghrib. Di samping itu kita dapat melatih diri untuk bangun awal dan melaksanakan qiamullail. Firman Allah dalam surah al-Zariat ayat 18 :

وَبِالأَسحارِ هُم يَستَغفِرونَ

Maksudnya : "Pada waktu sahur mereka memohon keampunan."

Makan ketika sahur sekadar memadai untuk memberikan kekuatan kepada kita untuk berpuasa sehari. Bukan mengadakan pesta makanan di pagi hari. Jangan cemarkan waktu mustajab doa dengan perbuatan pembaziran makanan. Pembazirna itu amalan syaitan. Dalam sebuah hadis menyatakan tamar adalah makanan yang bagus untuk di ambil ketika bersahur kerana kandungan tamar mengandungi tenaga untuk orang berpuasa. Sabda Nabi SAW : 

 نعم سحور المؤمن التمر
Maksudnya : "Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar." (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)

Namun, jika seseorang tidak dapat makan tamar atas faktor kesihatan atau faktor lain, bersahurlah dengan juadah lain. Islam itu leksibel.

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates