Khamis, 7 Mei 2020

Ramadhan : Bulan Mendisiplinkan Diri, Mengawal Nafsu

Dr. Yusuf Al-Qaradawi pernah berpesan : "Puasa adalah tarbiah yang berkesan dan suatu jihad mengawal diri dan hawa nafsu serta membiasakan diri dengan bersifat sabar, sama ada sabar melakukan ketaatan atau sabar menjauhi masiat."

Di bulan Ramadhan ini, kita bukan sekadar dituntut untuk menahan diri daripada makan dan minum di siang hari, malah melatih diri untuk berdisiplin dan mengawal nafsu. Perjuangan melawan nafsu adalah perjuangan yang cukup hebat. Hanya  individu dan Allah sahaja yang dapat menilainya. 

Nafsu perlu dikawal. Oleh kerana itu Allah menyuruh hambaNya untuk melaksanakan puasa. Hanya dengan berpuasa, mampu menundukkan ego nafsu. Allah telah memasukkan nafsu ke dalam neraka Juu' (lapar) selama 100 tahun untuk menundukkan nafsu.

 


Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates