Jumaat, 3 April 2020


Buli Siber Nampak Remeh Tetapi Bahaya

Masyarakat hari ini mempunyai akses tanpa sempadan terhadap sebarang teknologi komunikasi. Berhadapan dengan perkembangan teknologi ini, muncul satu isu khususnya dalam kalangan remaja iaitu wujudnya isu buli siber. 

Buli siber merupakan masalah global yang memberi kesan negatif terhadap remaja yang merupakan pengguna media sosial utama. Kesan yang paling ketara adalah kesihatan mental terjejas. Mangsa buli siber cenderung untuk mendapat kemurungan, cepat marah, kesukaran untuk bersosial dan tidak stabil dalam mengawal emosi.

Selain itu, mangsa buli juga terjejas dalam aspek pembelajaran. Mangsa sukar menumpukan perhatian di dalam kelas dan menghadapi penurunan dalam pencapaian akademik. Seterusnya, buli siber turut menjejaskan mental dan emosi mangsa. Mangsa akan menghadapi ketakutan dan kemurungan akibat daripada perbuatan buli yang dihadapi lalu mendorong mangsa untuk membunuh diri.

Buli siber berlaku apabila manusia lupa akan hukum tuhan, mengikut nafsu dan terpengaruh dengan ajakan syaitan. Perbuatan buli siber ini adalah jauh terpesong dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Dalam Islam, seseorang yang benar-benar beriman tidak akan membuli saudaranya tidak kira di alam maya mahupun di dunia realiti. Ini kerana orang beriman mempunyai keyakinan yang utuh terhadap Allah yang memerhati setiap tingkah laku manusia.


Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates