Khamis, 30 April 2020

 Dunia Adalah Ladang, Akhirat Tempat Tuaian.

Dunia ini adalah ladang untuk manusia bercucuk tanam. Dalam banyak-banyak ladang, ladang di bulan Ramadhan adalah ladang yang paling subur. Apabila masuknya bulan Ramadhan, pintu neraka di tutup dan pintu syurga di buka. Berlumba-lumbalah membuat amal kebajikan kerana di bulan ini, pahala akan dilipat kali gandakan. perkara ini berdasarkan hadis Qudsi :

Maksudnya : “Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Namun, ganjaran pahala yang dikurniakan oleh Allah akan terhapus sekiranya umat manusia tid meninggalkan perbuatan keji. Contohnya mengumpat, mencuri, tidak solat di bulan ramadhan, menfitnah dna sebagainya. Oleh itu, marilah sama-sama kita berubah kearah yang lebih baik. 

Di bulan yang mulia ini, kerjakan amalan yang di suruh oleh Allah dengan sebak mungkin. Amalan inilah yang akan di tuai di akhirat kelak.

 

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates