Selasa, 28 April 2020


PESAN ABAH

Abah : “Solat terawih 20 rakaat sekali gus buat,, solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu tu 2 rakaat, 4 rakaat jaa.. Solat terawih yang banyak boleh buat, solat sunat rawatib yang sikit tu kenapa tak boleh buat?” …… Aku : “Buat Bah,, solat sunat subuh.”

Inilah rutin selepas solat terawih.. Selesai 23 rakaat,, abah pusing kerusi menghadap jemaah (umi, menantu dan anak-anak)… Sedikit peringatan di ucapkan.. Insaf jappp..

Ya, solat sunat rawatib adalah lebih afdal dilakukan. Hal ini kerana, solat sunat rawatib ini sentiasa dilazimi dan dilaukan oleh Baginda Nabi SAW ketika bermusafir ataupun bermukim.
Ummul Mukminin Saidatina Aisyah R.A. Nabi SAW bersabda :

مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Maksudnya :” Sesiapa yang sentiasa melakukan 12 rakaat solat sunat maka Allah akan bina untuknya rumah di syurga.(Solat sunat tersebut ialah). Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas maghrib,dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum subuh.” Riwayat Al-Tirmizi (414)

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah. Sememangnya solat sunat terawih adalah antara ibadat yang di lakukan untuk menghidupkan bulan Ramadhan selain membaca quran, zikir dan sebagainya. Namun janganlah kita lupa bahawa solat sunat rawatib juga adalah solat sunat yang afdal untuk di laksanakan. 

Ayuh sama-sama kita baiki diri untuk menjadai insan yang lebih baik.

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates