Isnin, 27 April 2020

Malam Yang Di Nantikan

Alhamdulillah, hari ini hari ke empat, seluruh umat Islam menyambut Ramadhan. Semoga madrasah Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.  

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan."

Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan,  pastinya semua umat Islam teruja.  Kerana dalam bulan Ramadhan,  adanya malam yang mengandungi seribu bulan di dalam nya iaitu Malam Al-qadr.  

Kenapa posting ini di muat naik awal Ramadhan?? Hal ini kerana untuk membuat persediaan. Janganlah kita merebut peluang di 10 malam terakhir sahaja. Tetapi lakukan persediaan di awal bulan lagi supaya kita lebih istiqamah dengan apa yang kita lakukan.

Antara amalan yang dapat di laksanakan ialah : 

1) Menghidupkan malam dengan mengerjakan solat dan membaca al-quran.

2) Beriktikaf di masjid dengan melakukan perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti berzikir,  berselawat (Sekarang musim covid,  boleh laksanakan di rumah bersama keluarga).

3) Bersedeqah ikhlas kerana Allah.

4) Memohon keampunan daripada Allah.





Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates