CATATAN RAMADHAN 3
10 HARI PERTAMA RAMADHAN
Gunakan waktu Ramadhan yang terhad ini sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kita denganNya. InsyaAllah kita semua memperoleh ganjaran daripada Allah..
#ramadhankareem #covid19 #catatanramadhan #day3
Alhamdulillah,, hari ini hari ke tiga kita berada di masdrasah ramadhan.
Bumi cik siti wan kembang hari ni sejuk jaaa. Hujan renyai-renyai dari Subuh hari hingga ke senja petang. Alhamdulillah tidak lah terasa panas puasa-puasa ni kan.
Saya rasa semua orang maklum dengan 3 fasa bulan Ramadhan. Fasa pertama iaitu 10 hari pertama Allah mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Fasa yang kedua adalah pengampunan daripada Allah. Fasa yang ketiga iaitu 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia daripada api neraka.
Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai anak Adam, selama kamu memanggil Ku dan menaruh harapmu kepada Ku, Aku telah mengampuni atas apa yang telah kamu lakukan. Jika kamu datang kepada Ku dengan dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian kamu memohon ampun dengan menyebut nama Ku, nescaya akan kau ampuni."
Walaupun Malaysia dilanda dengan COVID-19, jangan kita lepaskan peluang ini. Mohonlah rahmat, keampunan daripada Allah. Rebut ganjaran 10 hari pertama ini. Di kesempatan ini, marilah sama-sama kita memohon kepada Allah agar selamatkan Malaysia daripada penyakit ini, mohon kepada Allah supaya kurniakan kesembuhan kepada pesakit-pesakit covid dan yang paling penting, memohon daripada Allah agar kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada frontliner iaitu doktor, polis, askar, wartawan, mak cik yang membersihkan hospital, rider makanan dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Gunakan waktu Ramadhan yang terhad ini sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kita denganNya. InsyaAllah kita semua memperoleh ganjaran daripada Allah..
#ramadhankareem #covid19 #catatanramadhan #day3