Sabtu, 25 April 2020

MUNAJAT DI HENING SUBUH

Alhamdulillah,  hari ini masuk hari ke dua umat Islam menunaikan ibadah wajib iaitu puasa di bulan Ramadhan.  Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dah kurniaNya. 

Salah satu amalan yang boleh di laksanakan ketika berada di madrasah Ramadhan ialah qiamullail.  Iaitu bagun pada waktu malam dengan melaksanakan ibadah seperti solat tahajjud,  solat hajat,  solat taubat,  membaca al-quran,  berzikir dan sebagainya.  

Haaa,,,  di bulan Ramadhan kita bangun untuk bersahur bukan?? Ambil sedikit waktu sebelum bersahur untuk kita mengangkat tangan untuk merintih kepada Allah, untuk menzahirkan kesyukuran kepadaNya.  

InsyaAllah, kita cuba melatih diri kita di madrasah Ramadhan ini untuk melaksanakan qiamullail dan berazam untuk istiqomah melaksanakannya. 
#ramadhankareem #covid19 #catatanramadhan #day2

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates