Jumaat, 13 Mac 2020


19012019_SABTU

TERSALAH MASUK KELAS

Alhamdulillah, siapa sangka kami akan jejak juga kaki ke UIKA Bogor setElah mengharungi halangan-halangan di UKM. Seingat aku, hari pertama kelas kami, hari selasa.. excited giler nak masuk kelas.. so pagi selasa kami pun siap-siap la nak gi kelas. Kelas masuk jam 8.00 pagi. Kalau waktu Malaysia jam 9.00 pagi.

Sebelum tu, cuba imagine, Subuh pukul 4.30 pagi kurang lebih. Kelas jam 8. Hitung-hitung, aku ada 3 jam kurang lebih. Banyak weh masa selepas subuh tu, tapi kalau intai langit, langit dah cerah jam 5.30 pagi, Malaysia 6.30 pagi.

Ok berbalik kelas tadi, bukan nak bandingkan, tapi situasi di UKM, aku duduk kolej jauh, so 30 minit awal aku dah kena bersiap, kalau tak aku akan tertinggal bas nak ke fakulti. Tapi kat sini, Alhamdulillah asrama dengan fakulti dekat, kul 8 pagi kelas, kul 8 la aku baru bersiap. 

Masa first class kai di sini, aku ngan kawan aku salwa siap awal sebab dah terbiasa kan, 30 minit awal.. (awal awal tu jer.. esok nye tak pun) .. ke kelas la kami pagi tu, dengan semangat nye masuk kelas.. kami masuk kelas 3.8 .. jam menunjukkan pkul 8 pagi. Aku dengan kawan-kawan aku naik heran la, jam dah puku 8 pagi, tapi kenapa dalam kelas tu ada kami berempat jer..

Nak sedapkan hati, aku cakap la, budaya diorang kut lambat masuk kelas.. rilex.. jam menunjukkan jam 8.30 ,, ishhh pelik sangat ni tak de orang nih.. mmmmm.. aku pun ws la Erna pelajar semester 3, aku kenal dia ni sebab masa mula-mula kami masuk asrama, dia yang banyak tolong, tolong belikan kad sim, sapu bilik.. aku ingat lagi malam tu kami nak beli kad sim, sebab kad sim Malaysia tak boleh guna kat sini.. keluar la kami pi beli kartu sim. Masa mula-mula aku jumpa Erna ni, ingatkan dia pakai kan telekung tau, haha,, sori Erna. Labuh mak aiiiii tudung.. tudung persis kain telekung,, bayangkan,, hahha.. mantul weh.. dan satu lagi aku suka tentang Erna, dia pemalu giler dengan lelaki.. bagus la budak ni..

Pada masa yang sama, budak lelaki jumpa jugak dengan orang kat sini, nama Hakimi Yasing, anak campuran Thailand dan Malaysia. So, pendek cerita kami jumpa di bangku hijau (bangjo) malam tu.. settle beli kad sim, kami pun ajak la pi makan.. Depan UIKA ada supermarket Yogya, samping tu ada deretan kedai, bank, saloon dsg. Malam tu kami makan di KFC. Masa duk makan tu, hahah lawa wehhh.. Erna dengan Hakimi ni boleh pulak salah faham. Adoiiiiii.. hakimi cakap lain, erna faham benda lain. Haha.. nasib baik tak jadi perang jer.. aku Nampak erna bengang la masa tu, Erna pikir Hakimi cakap “lalu belakang tu nanti nmpak hantu” haha.. susah jugak miscommunication ni.

Haha,, ok2. Jauh plak menyimpang nyer.. sambung yang tadi, aku pun ws la erna, tanye kelas kami ni dimana sebenarnya.. aku pun minta juga nombor budak semester satu, sbbnya kelas kami tu sekali dengan pelajar semester satu. Lepas dapat jer nombor budak semester satu, aku pun ws la.. tanye kelas kat mana.. u know whatttttttt !!!!!!!!! hahahahhah

Kami salah masuk kelas wehhhhhhhhhhh…. Yang tadi semangat tu, bertukar gelabah. Mana tak nye, dah pukul 8.30 pagi. Lewat tu.. rupanya kelas sebenar di 4.8. kelas di tingkat 4. Lawak la, boleh pulak salah kelas first-first ni. Masuk la kami dalam kelas tu.. kelas pertama Ilmu Akhlak Tasawuf. Dosen Dr Kamaluddin. Dosen ni hebat sangat jidan jidan.. style kelas ni, budak-budak bentang, pastu ada soal jawab lepas tu.. masa soal jawab tu, MasyaAllah aktif weh diorang, lepas sorang-sorang tanye soalan. Boleh dikatan berdebat jugak la dalam kelas..hahaha.. 

Ok part dosen hebat tu, masa budak ni bentang dan jawab soalan, dy senyap jer,,, perhati jer perangan budak-budak ni.. haaaaa lepas siap tu, dosen mcm nak bagi rumusan pasal topic pembentangan, dosen tu cakap la pasal attitude budak-budak ni, ambik kau,, senyap terus budak-buda klelaki yang bising tadi.. cara dosen tu bercakap, zapppp tertusuk dalam hati. Satu lagi budak-budak ni pun hebat jugak dalam menjawab soalan.. ada juga yang suka tanggapi jawapan yang si pembentang jawab.. suasana kelas tu, tak kan mengatuk la jawabnya.. hahah.. 

Tulah kelas pertama aku kat sini, siap bukan main awal, tersalah masuk kelas plak. Haha.. next2 kelas, Alhamdulillah . mcm biasa, taaruf .. best kelas kat sini.. tak ada tutor, tuagasan insyaAllah mudah. Kadang-kadang tu dah siap cantek-cantek, dosen plak tak datang hahah.. tapi ingat, Allah tengok niat kita yang mula-mula tu..  

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates