Rabu, 11 Mac 2020


07012019­_isnin
FLY
Penerbangan kami ke Indonesia diiringi oleh ahli keluarga masing-masing. Tapi, best rasa sebab keluarga tak balik serentak. Aku ingat lagi keluarga Ayob hantar sampai kami masuk balai belepas. Umi abah aku tak hantar, ye lah bukan senang dari Kelantan nak datang KLIA ni, kesihatan abah lagi.. tapi jangan risau, ada family aku hantar.. kak nab dan kakak aku yang duduk Ipoh datang.. huhu.. masa ni aku rasa, betul la adik beradik, family adalah orang yang berada bersama kita susah senang.. haaaaaa sorang lagi hantar, si kecil si comel Syifa Hanani,, haha, aku terharu la ngan budak ni, setiap kali nmpak kapal terbang, mesti dy sebut cik su.. huhu.. “syifa masa syifa hntar cik su ni syifa umur 2 tahun, cik su abadikan scenario ni dalam tulisan cik su yang tak seberapa ni..”

Aku tengok orang lain mak ayah yang hantar, huhu,, tapi tak pe.. dua tiga hari sebelum aku fly tu, aku dah balik rumah dah . jumpa umi abah , minta restu, doa nak datang Indonesia nii.. 

Jujurnya, inilah first time bagi aku nak naik flight selama 20 tahun aku hidup. Ye lah nak nak flight pi mana kan, #kggirl haha.. ok, perasaan mula-mula aku naik flight tu, rasa berdebar, teruja, bahagia, takut semua ada. Teruja sebab first time kan. Dalam fikiran ni dah terbayang macam-macam, kalau kapal ni jatuh la, kalau habis minyak la, banyak lah kalau tu.. haha, Alhamdulillah selama dua jam perjalanan, kami selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Soekarno Hatta. Owh lupa nak cakap, datang sini naik flight Malindo air, ada makanan disediakan dna flight ni berharga rm229.. aku tulis ni bukan untuk menunjuk kepada sesiapa yang bace ,, tapi tlisan ni aku nak abdikan sampai aku tua..

Dalam perut kapal tu, kedudukan kami tu dekat dengan sayap… boleh dengar jelas la kipas kapal tu.. first kapal nak naik dan turun, aku ada rasa gegaran, telinga aku plak rasa berdengung.. lama aku ambik masa nak hilangkan dengung tu. Haaaa satu lagi, masa kapal nak nai tu, aku pegang jer tangan salwa, sampai la aku rasa kapal tu dah terbang dengan stabil. 

Selama dua jam terbang tu, banyak aku selawat, takut wehhhhh.. satu lagi, bila kita duduk kat atas ni nampak awan.. cantik sangat awan.. putih, gebu.. rupanya kat atas ni kita nampak Kebesaran Allah, luas nya alam ni.. “nikmat mana lagi yang kau dustakan??” 

Sesiapa yang bace ni, yang tak pernah nak flight, aku doakan suatu masa nanti korang juga berpeluang ada rezki naik flight.. kat atas tak sama dengan di bawah.. pemandangan di atas membuatkan mata aku tak jenuh untuk melihat, nak tengok semua sudut langit awan ni, dua jam tu rasa macam tak cukup,, mata dihidangkan dengan ruang yang cukup luas, sesekali kapal menerobos awan, terasa gegaran.. kat atas ni tak de blok blok penghalang, tak de traffic light, traffic jam. Haha..
Tiba jer kami di bumi Indonesia, line fone tak connect dengan negara ni, kami kena tukar sim kad dulu baru boleh berhubung.. haha jenuh cari wifi sebab nak ws pak sukma, dia yang menjemput kami.. nasib baik la ada wifi di airport ni.. lepas jumpa pak sukma, angkut bagasi masuk lam kereta.. banyak plak bagasi ni.. tak muat kereta.. sampaikan kami duduk berhimpit-himpit.. tak pe lah yang tu, asalkan tak jalan kaki ke UIKA..

Paling terharu, ibu maya datang wehhhhh.. mmm siap belanja minum air lagi. Aku ingt2 lupa.. rasanya air tu harga 17ribu bersamaan rm5 ringgit lebih.. perghh mahal do bagi aku,, mungkin sebab kedai ni di bandara, beraircond lagi.. suasana bandara ni, panas.. tapiiiii masuk je kawasan bogor, mula terasa sejuk.. adem giteww.. 

Satu lagi paling best ibu maya kata “ esok kalian istirehat dulu, hari isnin baru mulai kuliah” .. kami sampai hari khamis, jumaat sampai ahad libur.. isnin tu kami tak start kuliah lagi, baru pilih subjek.. hari selasa baru start kelas.. 




 


 


Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates