Rabu, 26 Februari 2020


09112018_JUMAAT
Facebook

Tidak ada suatu perkara yang terjadi tanpa sebab kan? Pastinya ada yang mendorong secara langsung atau pun tidak langsung. Sama juga perjalanan aku ke Bogor.
#Flashback  

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tidak terjangkau diri ini boleh menjejaki kaki ke UKM. Bukan mudah untuk mendapat tempat di UKM. Perlu dapatkan result exam yang cemerlang, ada temuduga sebelum masuk, persaingan dengan sekolah-sekolah berprestig dll. Tapi rezki itu memang tak salah alamat. 

Kalau di tanya mengapa aku pilih UKM, ya jawapan aku sebab UKM bahasa pengantarnya Bahasa Melayu. Jika di tanya mengapa ambil kos dakwah, sebab kos ini adalah kos yang paling senang nak skor. Mula-mula pilih kos ini sebab kakak Munyati haha, Kak Munirah.. dy pun ambil kos ni. Dalam bahasa mudahnya, pemilihan kos ini sebab orang kata mudah. Itu saja.. masa ni tak de pun aku nak search kos ni pasal apa, berkaitan dengan apa..

Nak di pendekkan cerita, aku salah seorang pelajar terpilih dalam beribu ribu orang yang mohon nak masuk UKM. Kemasukan sesi 2017/2018. Suatu hari tu, aku scroll la fb, tiba-tiba nampak la siaran senior zaman sekolah dulu, Syaamil Ashraf. Syaamil ni mahasiswa UKM juga rupanya. Zaman sekolah di Maahad Amir Indra Petra (MAIP), aku tak kenal rapat dengan Syaamil. Syaamil form 6, aku baru masuk form 4. Aku budak MAIP celup, asalnya dari Sekolah Menengah Arab Al-Yunusiah (SMUAY). Selepas form 3 aku pindah ke MAIP sebab nak ambil aliran sains tulen.. haha acah giler ambil sains. Mana mana junior yang nak ambil sains tulen,, tolong la tanye cikgu atau senior.. jangan jadi macam aku, tak tetap pendirian. Ambil aliran tu sebab kawan..

Ok sambung balik, masa ni la aku nampak dia dan kawan-kawan dia pergi mobiliti ke Bogor. Seramai 5 orang dihantar oleh UKM. Batch pertama Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti hantar. Masa ni la aku pasang niat nak pergi mobiliti juga. Haha, serius masa ni angan-angan hanya mimpi. Tak rasa pun boleh jadi kenyataan. Tapi angan-angan tu perlu, haha sebagai langkah pertama..

Disebabkan aku dah tekad nak juga pergi mobiliti pelajar, aku pun start struggle. Perlu dapatkan result 3.0 keatas, kewangan dll.. Ramai kata, orang kaya boleh la pergi mobiliti.. haha, sebelum mulut-mulut bawang berbicara,, meh aku cerita bab kewangan, keluarga aku bukan orang senang, bukan juga orang susah. Abah tidak bekerja atas faktor kesihatan, umi suri rumah. Adik beradik ada yang berkahwin ada juga bekerja sambil belajar.. aku anak bongsu. Alhamdulillah setakat ni apa yang aku nak, aku dapat. 

Untuk dapatkan biasiswa atau tajaan atau pinjaman selain ptptn, result kena cantek.. Alhamdulillah aku dapat tawaran JPA.. JPA bukan biasiswa tapi pinjaman boleh ubah,, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang tajaan.. tapi selepas aku isi borang JPA separuh jalan,, Umi tak bagi ambil.. haha.. sis redho.. dalam masa yang sama aku dah runsing, gusar sebab aku nak pergi mobiliti, mana aku nak cekau duit untuk g sana..

“Selagi Umi ada, adik jangan risau kalau nak belajar.. Sambung master boleh lagi.” Haha ni lah sebab aku tak ada apa-apa tajaan.. dah jangan banyak soal.. memang aku tak de tajaan.. tajaan keluarga sahaja.. betul janji ALLAH, Dia akan mudah kan urusan orang-orang yang jihad di jalannya..

                                        

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates