JOURNEY OF BOGOR 3
20122018_khamis
iSTAR ukm
Ukm
penuh dengan sistematik. Nak buat prog mesti kena isi istar like kertas kerja
giteww cuma kalau di sekolah kita kena pi walk in pejabat jumpa pengetua, yang
ni atas talian jer. Nak isi benda ni buakan main mudah, sampai satu tahap aku
pun meluat dengan benda ni.. kadang isi tak leh submit, dah isi nak submit
tetiba hilang plak.. macam2 dugaan la istar ni.. aku isi istar masa cuti sem
2.. nasib baik la kerja di hotel, boleh la guna wifi free.. kalau tak jenuh
juga la nak cari internet… Ingat lagi dua ketul STJ moon dengan yana la mangsa
tolong aku buat kerja ni.. huhu.. dan paling tak lupa pada kak rabi,, ya allah
kalau aku jadi dia mgkin aku juga geram hahah.. setiap kali na isi mesti aku
tnye dy, semua benda lah tnye dy..
Pengalaman
yang tak leh lupa masa ni adalah ,, awal bulan 7 dah isi istar, teruja la masa
ni isi sbb surat tawaran baru dapat kan..siap isi apa semua, bgthu la Dr
‘Adawiyah selaku penasihat minta beliau sahkan, ok settle.. naik ke fakulti, la
masalah tibaaaa huhu, tak tahu sapa plak yg sandang jawatan Ketua Hesa/Penolong
dekan.. nak nangis la huhu.. dua tiga minggu jugak tggu siapa la yg akan
sahkan. Istar ni plak wajib isi 2@3 bulan sebelum buat prog,, dah la masa
suntuk, part fakulti plak x de yang nak sahkan..
Dalam
tempoh tunggu siapa la gerangan yang akan sahkan, aku usaha macam2. Call
canselori, call ppmpa, hantar surat kepada TNC Prof Madya Dr Roslee Rajikan pun
aku buat (walaupun salah format surat) haha.. putus asa?? Yess,, buntu..
Nak
dipendekkan cerita, Kak Jun PPMPA call bagitahu, “Fatimah tukar peringkat
fakulti kepada pertandingan, tak perlu melalui fakulti, so sistem akan terus ke
ppmpa, boleh sahkan cepat..” seingat aku masa ni bertarikh 30072018.. huhu nak
berangkat nyer bulan 9.. jadi tak cukup la temph yang sistem dah tetapkan
tu.. jadi tukar la plan, aku buat
01102018 hingga 28022018..
Di
uika start study bulan 9,, kami datang bulan 10, huhu.. terlambat?? No tiada
istilah lambat pun sbb di sana tak aktif lagi belajar..
So
lepas aku letak peringkat pertandingan, smooth jer, satu hari jer ambil masa
nak siapkan istar, petang tu terus ws penyelia minta beliau sahkan. Paling
teruja tengok Prof Roslee sahkan istar
aku jam 12:07 pagiiiii 31072018.. huhu..
Ukm
dah start belajar utk sem 3.. so aku plak tak tahu nak masuk belajar ke tak… Dr
‘Adawiyah bagi cadangan masuk blajar dulu, dapat kelulusan baru pergi.. huhu..
tak semanagat pun nak belajar sem ni.. sbb dah niat nak belajar tempat lain
kan.. hari2 umi call tnye mcam mana progress nak pergi, kawan2 pun ada tnye
juga jadi tak mobility.. mampu senyum je la..
Masa
ni kan dah ada di ukm, so nak turun naik ppmpa, jumpa penyelia tu mudah sikit..
Step
seterusnya nak dapatkan kelulusan NC.. sebelum nc luluskan istar, aku perlu
dapatkan keizinan dari KDN, KLN dan PDRM.. dapat izin tiga ni baru lah nc
luluskan.. ni pun satu hal jugak.. sebulan lebih jugak tggu nak daptkan
keizinan. Bulan lapan tu bulan penantian laaa.. aku masa ni dah tak senang
duduk sbb bulan 10 nak brangkat, keizinan tak dapat lagi..
Nasib
baik ada Halimah,, aku panggil dia matus.. matus ni pro bab istar, surat
menyurat bagai.. aku berusaha dengan dy la pergi jumpa Kak Jun di PPMPA, igt
lagi masa tu pejabat dah tutup sbb rehat, matus masuk jer pejabat haha, muka
tak besalah.. nasib baik kak jun tak marah.. aku pergi untuk dapatkan
perkembangan dan minta nombor yang boleh aku hubungi tiga agensi kerajaan tu..
Masa
ni jugak la aku jumpa Dr Faisal cakap hal ni.. dr faisal macam nak sangat kita
orang pergi mobility,, beliau gak la tanye perkembangan dah lulus belum ukm..
aku ingat lagi beliau cakap “orang yang nak belajar luar Negara ni kena kental,
agresif sikit.. hahha” maksud agresif tu, kalau perlu ke pejabat KDN, KLN, PDRM
untuk minta keizinan, pergi lah.. “lambat korang bertindak, lambat la pergi” ..
dapat semangat dari dr faisal kut, berani mati kita orang gi pejabat KDN.. aku
timun aka fatimah munirah, ayob dan qayyum.. ayob yang drive g sana.. bukan
pejabat biasa-biasa.. kena scan bagai nak masuk, kena tinggalkan kad pengenalan
dan lesen.. huhu.. tu la first time aku masuk pejabat macam tu..
Sampai
di pejabat kdn tu, terus la tanye di kaunter pasal surat kami yang dah lama
mohon tapi sepi dari khabar berita,, satf tu cakap maaf masih dalam proses,
lagi pula PDRM belum bagi keizinan.. lepas PDRM bagi keizinan baru la KDN dan
KLN bagi izin.. huhu.. ayob dah nak pi PDRM haha.. kalau ke sana pun kita orang
tak leh buat apa-apa. So aku pun call la dulu PDRM,, pendek cerita ketiga-tiga
badan kerajaan ni alert la kami na fly 01102018..
Dalam
lingkungan 25092018 dapat kelulusan semua badan kerajaan. Alhamdulillah.. orang
pertama aku peluk adalah Matusss sebab dia banyak tolong.. huhu .. 27092018
12:09 pagi NC lulusan, 28092018 12:09 Pagi kelulusan dari SISWA UKM..
Alhamdulillah
segala kegusaran, kebimbangan dan keresahan selama ni terubat.. kami fly
11102018….