Rabu, 26 Februari 2020


13112018_SELASA
NAK PERGI UNI MANA?

Hasrat untuk pergi mobiliti bukan aku dengan Salwa jer. Rupanya ada 3 orang lagi yang menyimpan keinginan yang sama. Pertemuan bersama Dr Rosmawati pada petang itu barulah aku tahu seramai lima orang termasuk aku ingin menjalani mobiliti. Pertemuan ringkas tetapi sarat dengan nasihat daripada Dr Rosmawati membuatkan aku semakin berkobar-kobar. Dalam pertemuan itu Dr Ros sedikit sebanyak mendedahkan gambaran awal, risiko, cabaran, kelebihan sebagai pelajar mobiliti. Masa ni Dr Ros dah minta kami cari uni mana nak pergi. Kalua boleh uni selain UIKA.  

Seterusnya, pertemuan kali ke-2 bersama senior batch pertama yang dihantar oleh PKIK di pejabat. Senior yang ramah dikenali sebagai Kak Rabi, Kak Muna, Kak Najah, Syaamel dan Latif. Pertemuan kali ini adalah untuk senior share pengalaman mereka selama satu semester belajar di negara orang. Aku ingatkan semuanya manis-manis. Sangkaanku meleset sama sekali (tapi ada juga part manis). Syaamel dan latif terpaksa menyewa. Rumah mereka menyewa semester lepas aku lawati sebab rumah sewa tidak jauh dari UIKA seiring masa tu ada bonding nak masak bersama pelajar Thailand. Rumah sewa tak ubah seperti sebuah kotak. Kosong berdindingkan playwood. Tiada kipas, katil ataupun perabot. Jalan menuju rumah sewa sempit yang boleh muat motor sahaja. Mereka juga ada sakit-sakit sebab tak jaga makan. Semua teruja nak rasa masakan Indonesia. Banyak jer yang meleset tapi malas na share.. aku share yang aku nanti.

Perkongsian dari senior sedikit sebanyak menggugat antara teruskan atau berhenti. Tapi aku ingat kata-kata Syamel “jangan hampakan lect” ,, hahah sebab dah berkobar-kobar tiba-tiba tak jadi pergi, bukan geng aku jer  malu, PKIK pun mananggung malu nanti.

Lepas pertemuan ni, Dr Ros bagi amanat ni kepada Dr Adawiyah selaku Ketua Program sebagai penasihat kami. Masa ni kami terumbang ambing lagi nak pilih uni mana, padahal masa dah singkat. Mula-mula dah pilih UINSUSKA, Riau tapi di sebabkan MOU telah tamat, kami tak nak ke sana. Kalau tak de MOU, yuran perlu dibayar. Untuk mengelakkan pembayaran, pilihla uni yang ada MOU. Uni yang kedua adalah uni di Surabaya. Ada juga Dr Ros bagi cadangan uni di Korea. Hitung sana hitung sini, kami tengok pro dan contra, keputusan terakhir adalah di UIKA, Bogor. Mula-mula Dr Ros tak ok sebab kenapa nak pergi uni yang sama sedangkan banyak lagi uni yang ada. Dengan masa yang berbaki tak banyak, kami pun dah sepakat, Dr Ros kena on .. sbab tu la kami ada di Bogor sekarang.

Kepada sahabat-sahabat yang nak buat prog mobiliti cari uni betul-betul. Tengok pro dan contra. Tanya pendapat lect dan senior yang dah ada pengalaman mobiliti. Dan satu lagi buat kerja ni awal-awal. Jangan jadi macam kami, kami punya buat kerja masa cuti sem 2. Haha. Kalut juga masa ni. Tggu part iStar aku share.. tekad kena kuat dan hati kena cekal nak pergi jauh. Bukan mula-mula jer hangat-hangat tahi ayam. Banyak cabaran kena hadap. 



 

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates