HUKUM WANITA DATANG HAID KETIKA SOLAT
04072018
Adakah seseorang wanita perlu ganti setiap solat yang ditinggalkan sepanjang tempoh haid?
Sebenarnya, hukum menggantikan solat kerana haid bergantung mengikut beberapa situasi. Sekiranya wanita datang haid setelah masuknya waktu solat, maka dia harus menggantikan solat yang ditinggalkan itu setelah habis haid.
Firman Allah dalam surah an-Nisaa' ayat ke 103 :
(إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا)
" Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya"
Manakala solat yang ditinggalkan ketika haid tidak perlu diganti, ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Bukankah ketika kamu haid, kamu tidak perlu solat dan tidak berpuasa."
Begitu juga ketika wanita telah habis haid. Sekiranya dia suci daripada haid dan mempunyai tempoh solat yang cukup untuk melakukan satu rakaat atau lebih, maka dia harus manunaikan solat.
Hal ino ditegaskan dalam sabda Rasulullah yang bermaksud :
" Barangsiapa menunaikan satu rakaat dari solat Asar sebelum matahari terbenam, maka ia telah menyempurnakan solat Asar "
Berdasarkan hadis tersebut, dapat disimpulkan bahawa sekiranya seseorang wanita telah suci daripada haid sebelum matahari terbenam, maka wajib baginya untuk menunaikan solat Asar.