Jumaat, 6 Julai 2018

07072018

Bolehkah seseorang wanita mengambil pil pencegah haid untuk menghalang kedatangan haid? Tujuan utama pengambilan pil adalah untuk memperbanyakkan ibadah wajib dan sunat serta melakukan urusan agama yang lain?

Haid merupakan darah kotor yang keluar daripada badan wanita dan ianya berlaku secara semula jadi yang di anugerahkan oleh Allah kepada wanita. 

Mengambil pil pencegah untuk tujuan memperbanyakkan ibadah adalah tidak boleh kerana tindakan itu memberi kesan dan memudaratkan tubuh badan wanita. Selain itu, pil itu akan menghalang haid keluar mengikut kitarannya secara semulajadi.

Seperti yang semua ketahui, haid berfungsi menghasilkan ovum (telur) yang matang untuk proses zuriat manusia. Jika proses haid dihalang, proses penghasilan zuriat tidak dapat berlaku dengan sempurna.

Agama Islam sangat menggalakkan kelahiran umat manusia untuk menyambung waris dan menyebarkan dakwah Islamiyyah.

Di samping itu, dari aspek perubatan, proses haid banyak memberi impak yang baik kepada tubuh badan wanita antaranya membuang darah yang kotor, mukus dan sel2 yang sudah mati.

Wanita yang datang haid masih boleh melakukan ibadah untuk menambah pahala dengan berzikir, berselawat, membaca ayat-ayat kursi dan sebagainya.

Selain itu, wanita dilarang untuk mengambil pil pencegah haid ini untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Hal ini adalah kerana  perbuatan ini telah menghalang kedatangan haid dan boleh memudaratkan kesihatan . Wanita yang didatangi haid pada bulan puasa masih mendapat pahala seperti yang berpuasa. Tidak berpuasa pada bulan Ramadhan bukan beerti wanita akan hilang pahala berpuasa dan solat terawih.

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates