Ahad, 1 Julai 2018

01072018

Adakah wuduk seseorang itu sah sekiranya dia mewarnakan rambutnya dengan inai?

Mewarnakan rambut dengan inai tidak menghilangkan kesucian seseorang sekiranya telah menyucikan diri sebelum memakai inai tersebut. Wuduknya juga di kira sah, memadai dengan hanya mengusap rambut dengan air sebanyak tiga kali semasa berwuduk.

Ummu Salama r.a menceritakan bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah tentang perkara ini : " Ya Rasulullah, saya seorang wanita yang menjalin rambut erat-erat pada kepala. Haruskah saya melepas jalinan rambut tersebut ketika mandi wajib bersetubuh atau haid?

Rasulullah SAW menjawab : " Tidak, cukup bagi kamu menyiram tiga genggam air pada kepalamu, kemudian menyiram seluruh badan dan kamu akan suci. "

Selagi mana air sampai di kulit kepala, ia dibolehkan.

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates