Selasa, 5 Disember 2017



Jihad dengan lisan ini untuk menyampaikan Islam dengan hujjah kepada orang-orang kafir, munafiq dan fasiq. 

Rasulullah SAW bersabda : " بلغوا عنى ولو اية " yang bermaksud sampaikanlah daripada aku walaupun                                                satu ayat.

Malah Allah juga berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 52:

                                                   وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا

Dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-quran dengan jihad yang besar.




Kedua-dua nas ini menunjukkan jihad ke atas orang-orang musyrikin dengan lisan serta orang-orang yang menyeleweng dimana perbuatan mereka bercanggah dengan apa yang diperkatakan di mulut mereka.

Imam Al-Ghazali berkata tegahan dengan cara memberi nasihat dan menimbulkan perasaan takut kepada Allah. Nasihat diberikan kepada seseorang yang hendak melakukan kemungkaran atau orang yang sentiasa melakukan maksiat.

Seeloknya nasihat yang ingin diberikan itu perlulah dengan cara yang lembut dan kasihan, jangan sesekali bernada marah dan keras. Selain itu selitlah azab-azab daripada Allah dan ancaman seksa yang perit supaya timbul rasa takut kepada Allah.






















Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates