Ahad, 19 November 2017

Alhamdulillah.  Petang tadi berjaya juga melaksanakan street dakwah bertempat di Tasik Cempaka bersama 19 orang ahli di bawah tutor Ustaz Zulkifli Aini bertemakan SOLAT. 



"Masyarat suka bila kita pergi kepada mereka" .. Ni ayat yg aku ingat dari pengarah program.  Yup.  Bila pergi sana baru tahu masyarakat memang memerlukan bimbingan..  Masyarakat kita tenat.  

MENGAPA SOLAT ITU PENTING? Kerana termaktub dalam rukun Islam. Solat juga perkara yang utama dihisab kelak.   Inilah beza antara muslim dan bukan muslim iaitu kewajipan melakukan solat..  

Allah berfirman

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا 
" Apabila kamu telah menyelesaikan solatmu,  ingatlah ketika kamu berkeadaan berdiri,  duduk dan berbaring. Kemudian setelah kamu berasa aman, maka laksanalah solat itu.  Sesungguhnya solat itu adalah satu kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman"     (an-Nisa:103)

Antara kesan tidak menunaikan kewajipan solat ini,,  kita boleh lihat.  Ramai anak-anak muda terjebak dgn najis dadah, banyak kes-kes penzinaan, mencuri, merompak, membunuh tanpa belas kasihan dan banyak lagi.  Puncanya tidak menjaga solat.  Oleh itu Allah nukilkan dalam quran :

وَاَقِيْمِ الصَّلَوةَ اِنَّ الصَّلَوةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرَ         

Maksudnya : " Kerjakanlah solat seseungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan munkar". 
(al-Ankabut : 45 )

*kalau di masjid buat "sape pergi masjid solat jemaah, merit akan di berikan" .. Comfirm penuh 5 waktu.. Fenomena pelajar universiti.



Sempoi jer budak ni.  Terima kasih bagi kerjasama.  

Akak sporting.. 

       




Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates