Ahad, 5 November 2017

عَنْ أَبِيْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ تَعَالَى ؟ قَالَ (( الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا )) قُلْتُ : ثُمَّ أَيُّ ؟ قَالَ : (( بِرُّ الْوَالِدَيْنِ )) قَلْتُ:  ثُمَّ أَيُّ ؟ قَالَ (( اَلجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ )) متفق عليه

Daripada Abdullah bin Ma'ud berkata : " saya bertanya kepada nabi SAW , amal apakah yang di sukai oleh Allah?  Rasul menjawab : "Solat pada waktunya. " Ibn Mas'ud bertanya lagi : " Kemudian apa? " Baginda menjawab : " Berbakti kepada kedua orang tua", dia bertanya lagi : " Kemudian apa lagi?  " ,  baginda menjawab : " Jihad di jalan Allah ". Ibn Mas'ud berkata : "  Rasul telah mengemukakan kepada saya tentang amal-amal yang utama;  dan seandainya saya menanyakan lagi, rasul akan menambahkannya. "

KANDUNGAN HADIS

🐢  Segera untuk melakukan solat di awal waktu.  Ini lebih baik kerana kita semua tidak mengetahui tarikh mati kita bila.  Marilah sama-sama untuk berubah kearah yang lebih baik. 

🐢 Berbuat baik kepada orang tua adalah sangat dituntut oleh setiap agama. oleh itu Islam telah menggariskan kepada setiap muslim untuk berbuat baik kepada ibu bapa sepertimana fiman Allah :

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

“Dan Rabb-mu telah memerintahkan kepada manusia janganlah ia beribadah melainkan hanya kepadaNya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari keduanya atau kedua-duanya telah berusia lanjut disisimu maka janganlah katakan kepada keduanya ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya” [Al-Isra : 23]

وَاخْفِض لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan katakanlah kepada keduanya perkataan yang mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang. Dan katakanlah, “Wahai Rabb-ku sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu kecil” [Al-Isra : 24]

🐢 Last skali Rasul memberitahu berkenaan jihad.  Jihad ini terbahagi kepada beberapa bahagian.  Jihad tidak terhad kepada "berperang sahaja" .Yang saya ingin highlight kan di sini ialah jihad mencari ilmu sbb rata-rata anak muda sekrang kurang jelas mengapa perlu belajar.  Adakah untuk menggapai A semata-mata??

وَمَا كَـانَ مِنَ الْمُؤْمِنُوْنَ لِيَنْفِرُ كَافّةً فَلَوْلاَنَفَرَمِنْ كُلِّ فَرِقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةً لِيَتَفَقّهُوأ فِى الدّيْنِ وَلِيُنْذِرُوْا قَوْمُهُمْ اِذأ رَجَعُوْ اِلَيْهِمْ لَعَلّهُمْ يَحْذَرُوْنَ

 "Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi kemedan perang, mengapa sebagian diantara mereka tidak pergi untuk memperdalam ilmu pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali, agar mereka dapat menjaga dirinya " QS. At-Taubah ayat :122

See,  Allah telah memberitahu kita secara jelas berkaitan belajar. Ingatlah, orang yang berilmu akan diangkat darjatnya oleh Allah 😊..

Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates