Isnin, 9 Oktober 2017

Assalamualaikum dunia blog,,


Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab kami berjaya menjalankan Pogram Jalinan Kasih Penduduk Peribumi bertempat di Bukit Sebang Alor Gajah Melaka seperti gambar di bawah niii..




Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr Nura'thiroh aka Ummi, Kak Sharifah Fatimah selaku pengarah program kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang program dijalankan.. Ilmu yang diberi ni x dapat dalam dewan kuliah..

Okey,, sekarang aku nak cerita sedikit sebanyak pengalaman sepanjang berprogram bersama orang asli ni.. Sebelum bertolak,, kami semua diberi sedikit taklimat oleh Ummi berkenaan orang asli ni.. Yer lah ,, semua yang pegi ni dah la pestime , tahun 1 lak tu.. 





 Alhamdulillah sesampainya kami di kediaman mereka, kami di sambut dengan baik sekali.. Kami semua letak barang-barang dalam balaik raya,, haha namapun pegi rumah orang asli kan,, x kan nak tido lam hotel.. hukhuk.. 


Lepas siap kemas barang ,, ada taklimat dan majlis perasmian seterusnya kami di beri keluarga nagkat masing-masing. Ni keluarga angkat aku.. Nama nya Mona, tepi dia tu suami dia,, aku x ingat nama dia apa.. huhuh



Petang tu ada sukaneka,, seronok jer mereka ni main.. Ada juga adik-adik yang kalah nangis.. Allah sedih aku tengok .. Tapi nak buat camne adat pertandingan kan.. ni gambar salah sorang budak yang nangis tu.. ni gambar masa x nangis. pehpehpeh






Malam tu plak tonton cerita P. Ramlee,, lepas siap tengok Ustaz dari Jabatan Agama Islam Melaka bagi khulasoh tentang cerita tu pada orang asli.. Aku ingatkan lepas tu kami semua da boleh tidur la,, sbb penat duuu,, mandi pun belum.. haha , meleset jer angan-angan aku, malam tu ada karaoke,, perghh mereka ni suka bab-bab karaoke ni.. Kami pun melayan jer, demi dakwah. Sampai pukul 2 pagi layan karaoke,, aku pukul 2 lebih baru leh mandi,, sabau je la. 

Mesti tertanya-tanya kan apa jawatan aku kat sana.. huh.. aku bahagian memasak bersama mak jemah yang lain.. Tu Pak Hasyim.. ketua lam memasak ni..





Sebelum balik ke UKM 8hb tu ,, pagi tu ada buat gotong-royong, mengecat rumah.. ada juga doktor dan nurse datang untuk cek kesihatan penduduk asli.




Okey settle Bab 1 .. sekarang aku nak cerita sedikit secara kasar dan mudah nak faham tentang latar belakang orang asli di Alor Gajah ni.. benda ni aku sempat berbual dengan pak cik 3 orang ni .. Orang pertama tu panggil Pak lang, tepi dia Jambul @ Hadi, akhir tu Pak Jahar..



         
Suku kaum : Penabui
Jumlah Penduduk : 42 orang
Pekerjaan : Toreh Getah

Penduduk orang asli ni suka makan landak, kijang.. haaaa mereka pergi buru sendiri jer dalam hutan.. bawah ni perkataan yang mereka sebut ,, sempat la aku belajar kejap…

Moh Makan = Jom Makan
Pulen = Pulang
Ong Nak Kemanak Kamu Hendak Kemana
Apak Amek = Ayah Mak

Aku ada juga la tanya pasal sumpit.. guna buluh 8 kaki, untuk buat peluru tu guna buluh Temiang, racun di buluh tu guna getah Ipoh..

Kita masuk Bab 3.. haaaaa ,, yang ni paling penting diantara yang terpenting.. kalau sapa-sapa yang nak masuk ke rumah orang asli,, wajib tahu..

Pertama, kalau korang nak masuk rumah orang mesti kena beradap kan.. haa sama la jugak nak masuk kampong orang asli pun kena beradab. Pastu korang kena tahu jenis kaum mana yang duduk di situ sbb lain suku kaum, lain adat dan pantang larangnya.. contoh di Alor Gajah ni ,, pantang sebut perkataan SAKAI .. berani sebut, berani la ambil risiko.. Ok, di kg orang asli ni banyak anjing tau,, soo hati-hati.. Masa aku pergi ni, kerbau pendek tu tak nampak pun..

Korang kan da masuk uni, belajar pun tinggi-tinggi,, tapi bila kau masuk kg orang asli ni ,, ko kena buat diri kau lebih bodoh dari mereka.. maksudnya ko x leh sombong dengan mereka.. Tak payah berlagak pandai la dengan mereka tu.. ok ni PENTING.. masuk kg orang asli ko kena pagar diri, banyakkan bace ayat-ayat quran,, sebab mereka ni ada yang amalkan sihir .. Masa aku ke kg ni,, orang asli kat sini buat sihir angin.. Alhamdulillah x de papew. Semua selamat. Kalau korang nak bercakap dengan orang asli ni,, jangan pandang mata mereka. Satu lagi kalau dia tanye nama ko,, bagitahu nama lain,, jangan bagitahu nama sebenar owkkeh.. satu lagi,, banyakkan puji mereka dan bawakan hadiah .. x payah la hadiah yang cecah harga 30 hinggit,, bawa makanan pun da kira ok.. asalkan ada..

" Untuk dakwah orang asli ni bukan susah tapi tidak mudah.. pergi untuk kali ke 5 pun belum tentu kita boleh sebut berkenaan Islam ,, slow2 la,, sebab itu perkara utama kita perlu tunjukkan ialah AKHLAK YANG BAIK. "

Okeh tujer yang dapat aku kongsikan. Selamat membaca walaupun panjang .. hukhukhuk..


#sahabatyadimukm
#dakwahkepimpinan
#KTHO




Fatimah Azzahrak . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates