Majoriti ahli neraka adalah wanita?
16082019
Membuka ruang bicara tentang neraka pastinya menggerunkan berbanding bercerita tentang nikmatnya keberadaan di syurga. Tidak dapat di bayangkan rupa dan fizikal neraka dengan pancaindera tanpa adanya pertolongan daripada wahyu.
Tidak menjadi tanda tanyakah kepada diri sendiri tatkala sabda Rasulullah yang bermaksud " wahai wanita, bersedekahlah kerana aku melihat ramai penghuni neraka adalah wanita ".
Sebelum kita menjangkau lebih lanjut tentang topik ini, ada baiknya kita menoleh kepada firman-firman Allah yang banyak memberi peringatan kepada seluruh hambanya. Dalam surah At-Tahrim ayat 6 Allah SWT berfirman :
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ)
Yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. "
Terdapat ulama yang menafsirkan ayat ini, antaranya daripada Ibnu Abbas r.a menafsirkan : “ Beramallah kamu dengan ketaatan kepada Allah, takutlah kamu untuk bermaksiat kepadaNya dan perintahkan keluarga kamu untuk berzikir, nescaya Allah menyelamatkan kamu dari Neraka. ”
Selain itu, Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud : “Api kamu yang dinyalakan oleh anak cucu Adam ini hanyalah satu bahagian dari
70 bahagian Neraka Jahanam.”
Lihatlah kedahsyatan dan kengerian yang di gambarkan. Jika benar masyarakat sekarang faham dan hadam perkara ini, pastinya tidak berlaku gejala mempertahankan nafsu sendiri seperti LGBTQ, derhaka kepada kedua ibu bapa dan tidak mentaati perintah Allah.
Menjadi satu trend menukar jantina pada masa kini. Lelaki yang tukar jantina jadi wanita perlu tahu bahawa penghuni neraka teramai adalah dalam kalangan wanita 😅.
Berbalik kepada topik utama yang ingin di bahaskan disini, mengapa wanita adalah penghuni major berbanding lelaki. Apakah perbuatan yang di lakukan wanita sehingga menjadi penghuni minoriti di syurga?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " .... dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : "Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?" Baginda SAW menjawab : "Kerana kekufuran mereka." Kemudian ditanya lagi : "Apakah mereka kufur kepada Allah?" Baginda menjawab : "Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia
melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : "Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu." (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud : "… dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggok-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling daripada taat kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk syurga dan tidak menghidu wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati daripada jarak perjalanan yang jauh.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Imam Qurthubi ada menjelaskan maksud hadis diatas mengapa kaum wanita adalah golongan minoriti penghuni syurga :
1) Hawa nafsu yang mendominasi diri mereka.
2) Kecenderungan mereka kepada kesenangan dunia.
3) Berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal wanita.
4) Mudah tertipu dengan kesenangan dunia yang menyebabkan wanita lemah untuk beramal.
5) Penyebab kepada kaum lelaki berpaling daripada agama.
Berpandukan penjelasan Imam Qurthubi di atas, suka saya menghuraikan beberapa perkara dan masalah yang berlaku pada masa kini seiring dengan mengapa wanita penghuni teramai neraka .
1) Kufur terhadap suami dan kebaikannya
Ramai masyarakat sekarang, sudah ada suami, tapi malam-malam berwhatapps, voice-call dengan lelaki lain. Dengan suara lunak kalah penyanyi terkenal. Wahai wanita, jagalah maruah dan nama suami sebaik mungkin. Taat akan perintahnya selagi tidak melanggari batas syariat. Isteri seharusnya bersyukur dengan apa yang di kurniakan oleh suami. Jangan membanding-bandingkan suami kita dengan suami orang lain. Seorang wanita sebelum berkahwin sepatutnya sudah tahu sedikit sebanyak sifat suami supaya tidak berlaku pergaduhan di kemudian hari.
2) Derhaka terhadap suami
Derhaka terhadap suami boleh di bahagikan kepada 3 bentuk iaitu derhaka dengan ucapan, derhaka dengan perbuatan dan derhaka kedua-duanya.
1) Derhaka dengan ucapan ialah menggunakan nada suara yang tinggi ketika bercakap, memburuk-burukkan suami di khalayak, menuduh suami dengan tujuan ingin menjatuhkan maruah suami dan meminta talak daripada suami tanpa sebab yang munasabah.
2) Derhaka dengan perbuatan pula ialah bermasam muka ketika melayani suami, keluar rumah tanpa izin suami, membuka aurat di khalayak ramai, menerima tetamu tanpa izin suami, tidak mempercantikkan diri dan puasa sunat tanpa izin suami.
3) Melakukan kedua-dua bentuk kemungkaran diatas.
3) Tabarruj
Tabarruj di sini adalah apabila wanita menampakkan aurat dah perhiasannya daripada di lihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasullah SAW dalam hadis baginda bahawa seorang wanita itu berpakaian tetapi telanjang. Wanita perlulah kreatif dalam memilih tekstur pakaian kerana tidak semua jenis kain elok untuk menutupi aurat kerana ada juga kain tebal tetapi melekat pada tubuh apabila dipakai. Dalam surah an-Nur ayat 31, Allah berfirman :
(وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)
Yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Selain itu, wanita juga dilarang memakai wangi-wangian yang melampau dan menampakkan perhiasan emas.
Jadi soslusi kepada masalah ini, wanita haruslah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, bersedekah dan taat perintah suami. Menjadi satu kewajipan kepada para suami untuk mendidik dan membimbing isteri serta anak-anak agar menjadi generasi yang terbilang. Bentuklah wanita dengan kasih sayang bukanlah dengan cacian serta herdikan, kerana sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
