HUKUM WANITA MENGALAMI KEGUGURAN
05072018
Apakah hukum berkenaan solat yang harus dipatuhi oleh wanita yang mengalami keguguran kandungan?
Hukum tentang wanita yang mengalami keguguran bergantung kepada dua situasi. Yang pertama, sekiranya kandungan wanita tersebut gugur dengan keadaan janin telah terbentuk, seperti kepala, tangan dan sebagainya, maka pendarahan yang dialaminya adalah nifas. Oleh itu, hukum tentang solat yang harus diikuti adalah hukum wanita yang nifas. Dia tidak boleh menunaikan solat atau berpuasa, dan tidak boleh bersetubuh dengan suami sehinggalah darah tersebut habis keluar dalam masa 40 hari.
Namun begitu sekiranya darah tersebut telah habis keluar sebelum cukup 40 hari, maka dia harus mandi wajib dan menunaikan solat atau berpuasa dengan mengambil kira darah yang keluar tersebut adalah darah istihadhah. Selain itu, dia juga boleh melakukan persetubuhan dengan suaminya.
Wanita juga harus berwuduk setiap kali hendak melakukan solat.
Sekiranya darah yang keluar selepas 40 hari itu bertepatan dengan waktu haid, maka darah tersebut dikira darah haid. Oleh yang demikian, seseorang wanita itu tidak boleh solat, puasa dan bersetubuh dengan suami.
Yang kedua tentang keguguran adalah, sekiranya kandungan yang gugur itu gumpalan daging yang masih tidK mempunyai sifat, maka darah yang keluar dikira darah istihadhah. Wanita tersebut harus solat, puasa dan boleh bersetubuh dengan suami. Dia harus wuduk setiap kali hendak menunaikan solat dah harus menjaga kebersihan diri.
